TENTANG SYARIKAT
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat OBI TRAVEL & HOLDIDAYS SDN BHD mula bertapak di sebuah bangunan Lot berdekatan stesen bas Shahab Perdana Alor Setar di Kedah pada tahun 2019 dan telah dirasmikan pada 28 September 2019 oleh bekas Menteri Besar Kedah pada ketika iaitu Y.Bhg Dato Seri Diraja Haji Ahmad Bashah Bin Md Hanipah. Pada awal tahun 2023, pejabat OBI telah berpindah ke Kuala Kedah dan masih beroperasi sehingga kini.
Syarikat OBI TRAVEL & HOLIDAYS SDN BHD merupakan sebuat syarikat Travel Agency milik BUMIPUTERA 100% yang ditubuhkan oleh OTHMAN BIN ISHAK bersama ROSANIZA BINTI HOD. Perkataan “OBI” ini diambil daripada singkatan nama pemilik syarikat iaitu OTHMAN BIN ISHAK.
Syarikat yang sedang membangun ini juga telah rasmi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada 28 Ogos 2019 dengan No Pendaftaran 1339089-M dan telah dilesenkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992 sebagai syarikat pengendali pelancongan, menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan perkhidmatan pelancongan sama ada perkhidmatan pelancongan dalam negeri atau luar negara ataupun perkhidmatan yang bersifat agensi kepada mana-mana perkhidmatan yang terlibat dengan pelancongan termasuk Umrah, Haji, Inbound, Outbound dan Ticketing. Selain itu, syarikat ini juga telah mendaftar keahlian bersama Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH).
Ibu pejabat Obi Travel & Holidays terletak di Bandaraya Kuala Kedah di alamat No.10 First Floor, Kompleks MHJ Utama, Jalan Batas Paip, Bandar Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah dan kini sudah mempunyai 2 cawangan :
- Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan yang beralamat di No.3-02 & 3-03 Tingkat 3, Bangunan Usia, Jalan Dewan, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan.
- Cawangan di Shah Alam yang beralamat di No 2, 2rd Floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah d9/d 40100, Shah Alam,Selangor.
- Cawangan di Sendayan, Negeri Sembilan.
- VISI SYARIKAT
- Untuk menjadikan syarikat pelancongan yang terulung dinamik, mantap serta terbaik di Malaysia.
- MISI SYARIKAT
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mencapai kepuasan pelanggan yang tinggi
- Menjadi tempat rujukan syarikat pelancongan tempatan
- Memberi latihan kursus kepada kakitangan untuk memantapkan organisasi
- MOTTO SYARIKAT
“KEMBARA HIJRAH”
- OBJEKTIF SYARIKAT
– Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para Jemaah dan Pelancong untuk mengerjakan Umrah dan melancong.
– Menjadi sumber rujukan agensi pelancongan secara online dan offline
– Membantu dalam penambahan pertumbuhan ekonomi negara.
– Menawarkan perkhidmatan yang ada untuk memenuhi permintaan pelancongan.
– Menjadi sebuah syarikat yang berkomitmen dalam industri pelancongan.
PENGALAMAN SYARIKAT
Syarikat OBI TRAVEL & HOLIDAYS sentiasa memberikan tumpuan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap aspek perjalanan umrah berjalan lancar. Dari permohonan visa, penerbangan hingga penginapan yang selesa, serta logistik perjalanan di tanah suci, syarikat akan memastikan segala-galanya dijaga dengan teliti. Hal ini bertujuan memberikan Jemaah kedamaian dan tumpuan sepenuhnya dalam ibadah mereka di Makkah dan Madinah.
Selain itu, OBI Travel juga sentiasa memberikan sokongan emosi dan rohani yang sangat diperlukan kepada jemaah. Kuliah-kuliah dan tazkirah akan disusun bagi membantu Jemaah memahami dan menghayati perjalanan umrah dengan lebih mendalam. Jemaah juga akan diberikan nasihat dan bimbingan dalam menjalani ibadah kepada Allah.
Seterusnya, Syarikat OBI Travel juga mempunyai rangkaian jaringan yang luas dan kerjasama yang kukuh dengan pihak-pihak berkaitan di tanah suci. Hal ini bagi memastikan Jemaah mendapatkan akses yang lebih baik kepada tempat-tempat suci, mengelakkan kesesakan dan menyediakan peluang unik untuk pengalaman berdoa dan beribadah dengan lebih tenang.
Terakhir sekali, syarikat travel ini akan menjadikan pengalaman Jemaah Umrahnya sebagai prioriti utama. Syarikat sentiasa berusaha keras untuk memastikan keperluan Jemaah terjaga dan pengalaman mereka tidak terjejas. Semua ini bertujuan mencipta suasana yang positif dan harmoni di kalangan jemaah, menjadikan perjalanan umrah mereka sebuah pengalaman yang benar-benar bermakna dan tak terlupakan.
SIJIL & LESEN BERKAITAN
RAKAN NIAGA OBI TRAVEL
hubungi kami
-
HQ :
No. 10 Tingkat 1, Kompleks MHJ Utama, Jalan Batas Paip, 06600 Kuala Kedah, Kedah Darulaman -
04-7622826
+6012-4923314 / +6011-20728962 -
Cawangan :
No. 3-02 & 3-03 Tingkat 3, Bangunan Usia Jalan Dewan, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan - +6019-8633224
-
obitravel_hq@yahoo.com
obitravelholidays@gmail.com