|

Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan & Barangan Keperluan Harian

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Niaga & Keperluan Harian bagi September 2023 telah berjaya diadakan dengan lancar dan penuh kegembiraan.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Asmirul Anuar Bin Aris selaku Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (BOARD) dan telah berlangsung dengan meriah pada 30 September di perkarangan Ibu Pejabat Obi Travel & Holidays Sdn Bhd.
 
Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk menyokong pembangunan komuniti tempatan.
 
Sejumlah 44 orang penerima bantuan peralatan niaga yang layak telah dipilih, manakala penerima bantuan keperluan harian adalah sejumlah 89 orang.
 
Kami berharap bantuan ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan perniagaan mereka dan menaiktaraf kehidupan harian.
 
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Asmirul atas kehadiran dan kesudian beliau merasmikan majlis pada hari ini.Serta tak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
Semoga bantuan ini dapat membawa manfaat kepada semua penerima dan terus memperkuatkan ikatan antara Obi Travel & Holidays Sdn Bhd dan komuniti setempat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *